Aci Pemacu (Driveshaft) bocor !

drive shaft bocor
KEROSAKAN drive shaft atau aci pemacu tidak dinafikan mampu ‘memeningkan’ mana-mana pemilik kenderaan.

Apa tidaknya, selain menelan kos membaiki yang tinggi, kerosakan komponen ini juga dikhuatiri mengundang bahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan!

Drive Shaft

Secara am, drive shaft bertindak sebagai alat untuk membekalkan kuasa dari transmisi ke roda kenderaan.

Terdapat dua drive shaft di bahagian roda hadapan kenderaan, sebelah kiri dan kanan tayar. Secara jelas komponen ini menjadi faktor utama yang memutarkan kedua-dua tayar kereta anda.

Maka, sudah pasti amat ‘menyeramkan’ jika berlaku kerosakan pada drive shaft apatah lagi ia mampu membawa kepada kegagalan mengawal stereng kenderaan.

Kesan sebelum terlambat

Terdapat pelbagai cara untuk anda mengesan kerosakan pada bahagian drive shaft sesebuah kereta. Berikut tips kami kongsikan untuk anda!

  • Lakukan pemeriksaan drive shaft untuk kereta yang berusia lebih lima tahun atau jarak tempuh (mileage) melebihi 100,000 kilometer. Ini kerana, kenderaan berusia dan mempunyai mileage yang tinggi boleh menyebabkan berlaku kehausan pada bahagian drive shaft.
  • Adakah kereta anda mengeluarkan bunyi agak ‘kasar’ pada bahagian depan terutama ketika memecut laju atau memusingkan stereng? Jika ya, berkemungkinan besar drive shaft kereta anda bermasalah. Apa yang anda perlu lakukan segera bawa kenderaan ke bengkel untuk tindakan lanjut.
  • Kereta mengalami kebocaran minyak grease. Jika anda mengalami situasi ini segera melakukan pemeriksaan pada kenderaan. Selain itu, kekeringan minyak greaseatau berlaku kerosakan pada pelindung (cover) getah juga antara tanda berlaku kerosakan pada drive shaft.
Segera servis kenderaan anda dengan menghubungi kami: +60122596385 atau link https://wa.link/q1u9lz
Jangan risau, jika anda rasa kereta perlu di baik pulih enjinnya, hubungi kami dengan segera :
Google Maps | Waze : AB Tech Autoworks
#ABTechAutoworks #Workshop #Car #Servis #Repair #fypシ #fyp #fypviral #fypmalaysia #supportlokal #supportlokalmalaysia #japaneseandlokalbrand #continentalbrand #overhaul #baikpulih #engine #enjin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LOKASI
SISTEM PEMBAYARAN SELAMAT
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0