SIAPA KAMI

AB Tech Autoworks merupakan sebuah bengkel kereta yang menawarkan pakej perkhidmatan servis, penjagaan dan pemeriksaan kereta.

Tidak seperti bengkel kereta yang lain, AB Tech Autoworks menawarkan servis eksklusif dan hasil kerja berkualiti tinggi dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi.

SERVIS KAMI

Memeriksa, Menukar Ganti Bahagian Yang Perlu Seperti Minyak Enjin, Penapis Minyak Enjin, Penapis Udara Dan Sebagainya.

Jaminan Kami, Hanya Produk Original atau OEM Berkualiti Tinggi Digunakan Untuk Memastikan Jangka Hayat Kenderaan Bertahan Lama

Kami dilengkapi dengan alat imbasan diagnostic terkini (latest scan tool) untuk pelbagai jenama kenderaan untuk masalah berkaitan dengan lampu amaran (warning light) atau kod kerosakan (fault code).

Untuk masalah bunyi kami mempunyai alat pengesanan bunyi (chassis ear) untuk mencari punca bunyi yang bermasalah (noise detector).

Di AB Tech Autoworks kami menawarkan perkhidmatan konsultansi yang telus dan berpatutan.

Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengendalikan kenderaan buatan Jerman dan Jepun terutama sekali Porsche, Audi, VW dan Honda.

KEPAKARAN KAMI

Pemeriksaan Sistem Elektronik

Dengan pengesanan komputer dan juruteknik berpengalaman, kami yakin dapat menyelesaikan sebarang masalah kereta anda.

Membaiki Enjin / Transmisi

Membaiki enjin termasuk baik pulih, pembersihan karbon dan pembaikan kebocoran. Kami juga membaiki kotak transmisi Auto / Manual biasa.

Pemeriksaan Atau Membaiki A/C

Kami dilengkapi dengan mesin pemeriksaan A/C terkini yang akan memastikan sistem penghawa dingin kereta anda berjalan lancar.

Minyak Enjin

Kami adalah pakar dalam memeriksa dan menukar ganti minyak enjin kenderaan. Jaminan kami hanya produk original atau OEM berkualiti tinggi digunakan untuk memastikan jangka hayat kenderaan bertahan lama.

Ujian Palam Pencucuh

Kami memastikan api dibekalkan sempurna di dalam enjin. Menukar palam pencucuh, gegelung pencucuh dan mengeluarkan karbon akan mengoptimumkan prestasi enjin.

Baik Pulih Brek

Brek adalah bahagian penting untuk memastikan kenderaananda boleh memberhentikan kenderaan anda berhenti pada masa dan tempat yang betul.

Pemeriksaan rutin pad brek, rotor dan penyelenggaraan minyak akan memastikan keselamatan pemanduan yang optimum.

Bengkel Kereta Berpengalaman

Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengendalikan kenderaan buatan Jerman dan Jepun terutama sekali Porsche, Audi, VW dan Honda.

CARTA TEMUJANJI

(1) TEMUJANJI
Buat Temujanji Melalui Web Atau Facebook Page Atau WhatsApp Di Talian 012-259 6385
(1) TEMUJANJI
(2) PEMERIKSAAN KENDERAAN
Datang Ke AB Tech Autoworks Mengikut Tarikh Yang Telah Ditetapkan Untuk Pemeriksaan Kenderaan.
(2) PEMERIKSAAN KENDERAAN
(3) HARGA
Kami Akan Berikan Sebutharga Untuk Pemeriksaan, Penggantian Alat Atau Baik Pulih Kenderaan
(3) HARGA
(4) GANTIAN ALAT / BAIK PULIH KENDERAAN
Kerja-Kerja Penggantian Alat Atau Baik Pulih Kenderaan Dimulakan Dengan Harga Yang Dipersetujui
(4) GANTIAN ALAT / BAIK PULIH KENDERAAN
(5) SELESAI
Kenderaan Dibawa Pulang Selepas Pelanggan Berpuas Hati Dengan Gantian Alat / Baik Pulih
(5) SELESAI

JENAMA KAMI SERVIS

FASILITI

HUBUNGI KAMI